Berhentilah tanya Mahathir peralihan kuasa PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai supaya berhenti bertanya dan membuat spekulasi mengenai isu rancangan mengganti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, media tidak sepatutnya dihantui dengan isu itu sehingga bertanyakan kepada Dr Mahathir soalan berkenaan pada setiap peluang yang ada.

Menurutnya, Dr Mahathir sendiri telah memberitahunya bahawa beliau akan memenuhi dan menepati janjinya.

"Beliau memberitahu saya, dan saya menghargai sikap ini.

"Dia berkata 'Anwar saya telah berjanji, saya memegangnya, tetapi jangan biarkan ia menjadi seperti ini, memaksa saya untuk pergi atau memaksa saya untuk mengumumkan tarikh sebenar kerana saya akan menjadi Perdana Menteri yang tidak berupaya, sementara itu saya mahu untuk berkhidmat.'

"Tetapi maksud saya ialah, bukan apa yang Anwar mahu tetapi keperluan negara, yang merupakan dasar baharu, menjamin keyakinan rakyat Malaysia dan meningkatkan ekonomi. Itu yang paling utama," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Kepimpinan APEX di sini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tempoh tepat bila Anwar akan ganti Tun M, kata Kadir

Dr Mahathir janji lepas jawatan PM sebelum PRU15

Artikel Berkaitan: