Kementerian minta Utusan Melayu kaji semula keputusan

Kulasegaran ketika bercakap pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Kulasegaran ketika bercakap pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad diminta mengkaji semula keputusan menghentikan operasi keseluruhan syarikat itu.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk meneruskan operasi syarikat berkenaan.

"Akhbar Utusan Malaysia sudah berada dalam industri media sejak sekian lama.

"Mereka harus melihat dahulu sama ada ada pihak lain yang boleh membantu dan memulihkan syarikat berkenaan, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di di sini hari ini.

Kulasegaran bagaimanapun berkata, pekerja-pekerja yang terkesan dengan keputusan itu boleh mendapatkan bantuan di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang menyediakan sumbangan sehingga 80 peratus daripada gaji pekerja selama enam bulan.

Menurutnya, skim itu membantu pekerja diberhentikan bagi mendapatkan pekerjaan, peluang temuduga kerja dan latihan kemahiran yang kos ditanggung sepenuhnya SIP.

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan Malaysia sah henti operasi hari ini

Utusan Malaysia tutup: Kakitangan keliru, notis terlalu singkat

Artikel Berkaitan:

Utusan Malaysia hari ini mengesahkan penghentian operasi berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.