Bakal pengantin didenda RM2,800 ambil dadah

Tertuduh mengaku salah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana mengambil dadah jenis methampetamine.
Tertuduh mengaku salah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana mengambil dadah jenis methampetamine.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang bakal pengantin lelaki didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini kerana mengambil dadah.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rasul Farhan Sutiman, 23, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh yang tidak dikecualikan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 didapati memberikan diri sendiri dadah jenis methamphetamine yang disenaraikan di bahagian 111(tiga) jadual pertama ADB 1952.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Tengkera, Melaka pada jam 4.30 pagi 17 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Asisten Superintendan Nora Yaacob memohon hukuman setimpal memandangkan tertuduh mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan kes sama.

Tertuduh yang diwakili Peguam Angeline Koh bagaimanapun merayu hukuman minima memandangkan tertuduh bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan selain terpaksa menanggung ibunya yang sudah uzur.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,800 serta lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh turut diperintah menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan: