Sleep Mood by Satin kalis api

SELIMUT Sleep Mood by Satin hadir dalam warna biru dan ungu yang selesa digunakan untuk seisi keluarga.
SELIMUT Sleep Mood by Satin hadir dalam warna biru dan ungu yang selesa digunakan untuk seisi keluarga.
A
A
A

DEMI memastikan keselamatan seisi keluarga terjamin khususnya ketika dilanda musibah kebakaran yang boleh meragut nyawa, Satin Alpha Oilfield Sdn Bhd memperkenalkan Sleep Mood by Satin.

Selimut kalis kebakaran itu berbeza dengan selimut biasa yang sedia ada di pasaran tempatan kerana dilengkapi ciri keselamatan pada kelas tersendiri.

Sleep Mood by Satin yang diperbuat daripada fabrik leece mewah tersebut direka dengan sepasang lubang tangan mesra pengguna sebagai ciri keselamatan tambahan.

Pengarah Operasi Satin Alpha Oil Field Sdn Bhd, Azman Zaidy Abu Hassan berkata, selimut kalis kebakaran berkenaan bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah digunakan secara meluas di peringkat global terutamanya dalam industri penerbangan dan perubatan.

"Bagaimanapun, penggunaannya masih kurang dalam kalangan pengguna di kediaman. Justeru, idea (menghasilkan selimut kalis kebakaran) ini timbul susulan berlakunya tragedi kebakaran yang meragut nyawa kanak-kanak pada ketika mereka sedang tidur," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah beliau, dengan adanya Sleep Mood by Satin, ia membantu memberi pelindungan sementara mangsa menanti ketibaan pasukan keselamatan.

"Hasil kajian yang dijalankan turut mendapati selimut kalis kebakaran ini berupaya memperlahankan proses penyebaran api daripada terus marak, sekali gus mengurangkan kesan terbakar," jelasnya lanjut.

ANEKDOT

Sleep Mood by Satin:

Artikel Berkaitan:

  • Bahan kalis kebakaran kekal dan boleh basuh.
  • Disahkan sebagai Tidak Menyala mengikut kaedah ujian BS7175: 1989 oleh SGS iaitu syarikat pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan terkemuka global.
  • Bersaiz 150 x 200 sentimeter dan berat satu kilogram.
  • Harga: RM189.90 sehelai
  • Warna: Biru dan ungu
  • Web: shopee.com.my/bysatin