Agong cemar duli beli kuih di gerai tepi jalan

KUALA LUMPUR - Perkongsian video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membeli kuih-muih di sebuah gerai di Taman Koperasi Polis, Jumaat lalu kini tular di media sosial.
Istana Negara menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasminya memberitahu, baginda berbuat demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis hari ini.
Peniaga yang menjual kuih tersebut turut teruja apabila Seri Paduka sudi membeli kuih hasil jualan mereka.
Video berdurasi 48 saat itu kini meraih 119,184 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan respon positif di ruangan komen Instagram milik Istana Negara serta berbangga mempunyai seorang pemerintah berjiwa rakyat.
Tulis farra emilia bakar: "Daripada Tengku Mahkota Pahang, sampailah sekarang. Aduhai, membuak-buak hati nak balik bertugas di Pahang," katanya.
"Tuanku terbaik, dekat dengan rakyat, makan sama dengan apa yang rakyat makan. ALLAHU, semoga tuanku sentiasa dipermudahkan," kata amirul4646 official.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amLetupan di Nilai: Ayang meninggal dunia di HKL
27 Februari 2026 10:28pmAgong gering, dinasihatkan berehat untuk pemulihan - Istana Negara
27 Februari 2026 12:17pmWarga emas maut ditembak jiran
27 Februari 2026 01:25pm[VIDEO] Tiga jurulatih Palapes didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris
27 Februari 2026 12:16pm- Iklan -- Iklan -
