Agong cemar duli beli kuih di gerai tepi jalan
KUALA LUMPUR - Perkongsian video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli membeli kuih-muih di sebuah gerai di Taman Koperasi Polis, Jumaat lalu kini tular di media sosial.
Istana Negara menerusi hantaran dalam akaun Instagram rasminya memberitahu, baginda berbuat demikian selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis hari ini.
Peniaga yang menjual kuih tersebut turut teruja apabila Seri Paduka sudi membeli kuih hasil jualan mereka.
Video berdurasi 48 saat itu kini meraih 119,184 tontonan dan rata-rata netizen meninggalkan respon positif di ruangan komen Instagram milik Istana Negara serta berbangga mempunyai seorang pemerintah berjiwa rakyat.
Tulis farra emilia bakar: "Daripada Tengku Mahkota Pahang, sampailah sekarang. Aduhai, membuak-buak hati nak balik bertugas di Pahang," katanya.
"Tuanku terbaik, dekat dengan rakyat, makan sama dengan apa yang rakyat makan. ALLAHU, semoga tuanku sentiasa dipermudahkan," kata amirul4646 official.
Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad
05 Mac 2024 12:24pmTuan rumah dari 'syurga'
04 Mac 2024 04:05pmPenunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki
29 Disember 2023 08:03pmKeletah lucu warga Bangladesh menari tepi jalan curi perhatian
14 November 2023 07:35pmIsteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
04 Mei 2024 07:54amPesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
04 Mei 2024 12:03pmKereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
04 Mei 2024 03:14pmPesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat
04 Mei 2024 01:05pmDr Akmal dinasihat tegur Ahmad Zahid
04 Mei 2024 07:23am