Malaysia Airport dalam tahap berjaga-jaga

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan penyenggaraan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) diletakkan dalam tahap kesediaan yang tinggi berikutan tempoh peralihan monsun, kata Malaysia Airports.

Menurut pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan, sejak bermula tempoh peralihan monsun, kawasan di sekitar KLIA telah mencatatkan kadar hujan yang sangat tinggi.

"Semalam (7 Oktober 2019), kami merekodkan cuaca ekstrem yang menyebabkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar KLIA terjejas sehingga berlaku kerosakan pada bumbung Pusat Pengurusan Lapangan Terbang, banjir kilat di sekitar jalan perimeter berhampiran landasan kedua, pokok tumbang di sepanjang jalan terminal dan kebocoran bumbung di Flying Emporium, sebuah ruang kedai di balai perlepasan domestik di terminal utama KLIA," katanya.

Tindakan pantas oleh pasukan operasi dan komuniti lapangan terbang telah berjaya mengawal keadaan di Flying Emporium dalam tempoh satu jam sahaja.

"Kami sedang membaik pulih kerosakan, pasukan penyenggaraan akan memperkukuhkan sistem perparitan dengan jangkaan hujan lebat akan berterusan," katanya.

Operator lapangan terbang itu juga mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa di jalan raya dan lebih berwaspada dengan peraturan lalu lintas termasuk mengelak untuk meletak kereta di tepi jalan raya atas faktor keselamatan.

Menurut Jabatan Meteorologi, musim peralihan monsun akan berterusan sehingga awal November di mana ribut petir dengan hujan lebat serta angin kuat dijangkakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: