Warga emas maut jatuh dari tingkat empat pasar raya

Mayat lelaki warga emas yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pasar raya ditutup di lokasi kejadian.
Mayat lelaki warga emas yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat pasar raya ditutup di lokasi kejadian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Jalan Pelangi di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang.

Katanya, mangsa berusia 68 tahun itu dikenali sebagai Tan San Choy yang beralamat di Sedeli Besar, Kota Tinggi.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan satu kejadian seorang lelaki meninggal dunia di dalam bangunan sebuah pasar raya.

“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan. Polis juga sedang berusaha mengesan waris dan keluarga terdekat mangsa,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: