X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Budak 'kebal' bangun semula selepas dilanggar

Paparan video seorang kanak-kanak dilanggar yang tular di media sosial
A
A

SINGAPURA - Netizen di media sosial terkejut menyaksikan video yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak dilanggar sebuah kereta tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Video berdurasi 0.25 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak berjalan bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya secara tiba-tiba meluru ke jalan sebelum sempat ditarik ibunya.

Kanak-kanak itu dilihat masih hidup kerana selepas dilanggar mangsa mampu bangun sebelum dipeluk oleh ibunya.

Kejadian Sabtu lalu itu yang dikongsi pengguna jalan raya di Facebook kini tular di media sosial.

Perkongsian video tersebut yang meraih 3,400 tanda dan 222,000 penonton yang kebanyakannya memarahi dan mempersoalkan sikap ibunya yang cuai ketika hendak melintas jalan.

Tulis NurHuzaima Kamal "Ya ALLAH, meremang tak habis lagi ni.. ALLAHUAKHBAR, semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi anak-anakku.. Aamiinn,".

"Budak itu pasti dia takkan buat lagi. Itu sebenarnya adalah pengajaran yang menakutkan buat dirinya dan ibu bapa kepada kanak-kanak itu pasti akan disalahkan tapi cuba tengok dekat video tersebut..budak itu yang lari sebenarnya," tulis Rajeswary Siva Pakiman di Facebook.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!