Singapura cadang bertemu Malaysia bincang isu ruang udara

Singapura
Singapura
A
A
A

SINGAPURA - Singapura telah mencadangkan untuk bertemu dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal oleh Kuala lumpur bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa 2 Januari 2019.

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Kawasan Larangan itu yang berada dalam lingkungan ruang udara yang terkawal dan sesak akan memberi impak kepada operasi sedia ada dan operasi biasa oleh pesawat yang melalui ruang udara tersebut.

"Kami telah membangkitkan kepada Malaysia tentang kebimbangan kami terhadap kesan buruk Kawasan Larangan ke atas penerbangan awam," kata kementerian dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan pertanyaan media mengenai pewujudan Kawasan Larangan oleh Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25 Disember 2018.

Melalui notis tersebut, Malaysia telah memaklumkan kepada pihak berkaitan penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa 2 Januari 2019, kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: