X

Kindly register in order to view this article
!

Budak maut jatuh lubang kumbahan

Seorang anggota bomba ditugaskan untuk mencari mangsa dalam lubang kumbahan dan berjaya ditemui pada kedalaman 2 meter, hari ini. Foto: JBPM PERAK.
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di Kuarters Polis Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian itu Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemukan anggota penyelamat pada kedalaman dua meter dalam lubang terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohd Fadzeli Che Hussin berkata, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi.

“Anggota bertindak menggunakan pam untuk mengeluarkan sebahagian air kumbahan untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Seorang anggota dipakaikan abah-abah dan tali untuk mencari mangsa di dalam lubang terbabit pada kedalaman dua meter dan menemui mangsa pada jam 9 pagi,” katanya.

Menurutnya, anggota memberi bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) setelah mangsa berjaya dikeluarkan.

“Bagaimanapun pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan sebelum menulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa. FOTO: JBPM PERAK.
Anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan sebelum menulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa. FOTO: JBPM PERAK.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak supaya tragedi kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis tidak berulang.

“Takziah buat keluarga Allahyarham adik Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz. Saya doakan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!