[VIDEO] Kek kahwin Datuk Alha Alfa tumbang cetus panik

Pengantin dan tetamu sempat merakam gambar berlatar belakangkan kek tersebut sebelum tumbang.
Pengantin dan tetamu sempat merakam gambar berlatar belakangkan kek tersebut sebelum tumbang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkahwinan jurumekap profesional, Datuk Alha Alfa yang berlangsung semalam bertukar kecoh apabila kek perkahwinan dibina menggunakan material kaca bernilai RM5,000 tumbang ketika sesi bergambar bersama pengantin.

Beberapa rakaman video saat kek itu tumbang tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen namun pengusaha kosmetik itu menyifatkan insiden tersebut memori yang tidak dapat dilupakan.

Alha berkata, insiden itu sudah ditakdirkan malah bersyukur tiada kecederaan dilaporkan ketika kek bertingkat dipercayai lebih 3 meter itu tumbang.

“Tidak apa, rezeki takat itu sahaja, saya tidak marah pun, beratus kali depa minta maaf walaupun dalam perancangan nak pacak kek itu di tengah-tengah rumah. Hahahaa berderai semuanya.

“Apa pun abang @nasgreatidea_weddings memang terbaik kek tu. Tidak mengapa kek boleh dicari.

“Kenangan yang terjadi itu memori selamanya. Maaf yang tidak dapat merasa kek itu, syukur tiada orang di belakang kek kalau tidak jenuh berjahit muka,” katanya berseloroh.

Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, berkata, berkemungkinan meja atau tapak kek itu tidak dapat menampung berat kek berkenaan.

“Mungkin tapak penyokong pada kek itu dah tak mampu tampung berat atau ada tetamu tersentuh kek sampai tidak stabil.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, saya dan isteri amat hargai, minta ampun minta maaf jika ada kekurangan dari pihak kami,” katanya menerusi entri Instagram miliknya.

Sementara itu, Alha mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, pada 29 September lalu dan majlis resepsi keduanya bertempat di Dewan Perkasa Mindef di sini semalam.

Dalam pada itu video insiden kek tumbang yang dimuat naik di Instagram Alha lima jam lalu meraih 414,136 tontonan.

Di ruang komen netizen rata-rata memberi sokongan moral kepada pasangan pengantin itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Malah netizen juga sempat bergurau, “Mujur sempat bergambar, hehe." kata rizunanasanrose

takpelah rezeki takat tu je..sy xmarah pun hehehe beratus kali depa mntak maaf walupun dalam perancangan nak pacak kek tu tgh2 rumah..hahah hbis berderai semuanya ape pun abg @nasgreatidea_weddings mmg superb kek tu..xpe kek boleh carik,..kenangan yg terjadi tu memory selamanya..sorry yg xdapat merasa kek tu..syukur xde org kat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti kek ni punya berat maybe meja yg support tu pun dah menyerah diri dah tggu masa je bergegar skit paammmm!! habisss~ macam manusia jugak..emsem camne pun hati rapuh jugak.. tq abg @nasgreatidea_weddings merialisasikan impian kek kaca sy..punya ramai org tolak sbb xnk amik risiko..now sy faham dah risikonya ..ape pun effort yg abg ambil utk buat kek sy tu sgt sy hargai.. tqsm pada semua yg hadir semalam..sy dah isteri amat menghargai..mintak ampun mntak maaf jika ada kekurangan dari pihak kami..love u guys #alhaalindreams .

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on Oct 6, 2019 at 8:44pm PDT