Astro nafi siar perlawanan Manchester United melalui siaran kartun

Hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Stadium Astro.
Hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Stadium Astro.
A
A
A

STESEN TV berbayar, Astro menafikan bahawa pihaknya akan menyiarkan perlawanan membabitkan pasukan Manchester United melalui saluran Cartoon Network.

Penafian yang dibuat melalui Facebook Stadium Astro itu dibuat susulan tular kenyataan berbentuk pengumuman yang mengatakan aksi pasukan The Reds Devil akan disiarkan di saluran 616.

Kenyataan itu tular ekoran juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu kini hilang taring selepas pemergian Sir Alex Ferguson.

Musim ini juga menyaksikan United yang kini dibimbing bekas pemainnya, Ole Gunnar Solskjaer hilang rentak dalam lapan perlawanan sepanjang liga bermula.

Sepanjang perlawanan itu, United hanya menang dalam dua perlawanan manakala selebihnya tewas dan seri, masing-masing dalam tiga perlawanan.

Dalam aksi terbaru tengah malam tadi, United dimalukan Newcastle United selepas tewas 0-1 di St James Park.

Artikel Berkaitan: