Bayaran subsidi petrol dikredit empat bulan sekali

Saifuddin ketika bercakap pada sidang media khas pengumuman Program Subsidi Petrol (PSP) di sini hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saifuddin ketika bercakap pada sidang media khas pengumuman Program Subsidi Petrol (PSP) di sini hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Program Subsidi Petrol (PSP) yang bakal dilaksanakan Januari 2020 menyalurkan bantuan tunai yang dikreditkan terus kepada akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) empat bulan sekali.

Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.

"PSP akan mengubah sasaran subsidi petrol kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut," katanya.

Selain itu katanya penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,600 yang berumur 10 tahun ke atas.

"Manakala kategori motosikal yang layak adalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas," katanya.

Beliau berkata, program PSP merupakan bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol.

“Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan adalah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).

Artikel Berkaitan:

“Ini berdasarkan data asas yang bersih diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan BSH,” katanya pada sidang media khas pengumuman PSP di sini hari ini.

KPDNHEP menjangkakan seramai 2.8 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut.

Anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol fi portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.