Duterte dedah derita penyakit autoimun

Rodrigo Duterte
Rodrigo Duterte
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mendedahkan beliau menderita penyakit autoimun yang berpotensi menyebabkan komplikasi serius.

Pendedahan itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi tentang tahap kesihatan Duterte, 74, sejak beliau memegang jawatan pada 2016.

"Sebelah mata saya lebih kecil. Ia bergerak sendiri. Keadaan itu berpunca daripada myasthenia gravis atau kerosakan saraf. Saya mewarisi penyakit itu daripada datuk saya," jelas kenyataan dikeluarkan pejabat Presiden semalam.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, penyakit itu menyebabkan kelemahan otot dan boleh menyebabkan kelumpuhan kelopak mata, penglihatan kabur dan sebelah kaki menjadi lemah.

Bagaimanapun keadaan itu boleh dirawat, namun 20 peratus individu yang menghidap penyakit tersebut berdepan sekurang-kurangnya satu 'krisis' yang memerlukan mereka menggunakan ventilator untuk membantu bernafas. - Agensi

Artikel Berkaitan: