Melayu kini berpecah kepada enam kumpulan: Dr Mahathir

Dr Mahathir berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Mahathir berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan orang Melayu di negara ini terpecah kepada enam badan kecil sehingga tidak ada satu pun daripada kumpulan itu mampu meraih 50 peratus sokongan rakyat.

Katanya, ini menyebabkan kumpulan Melayu terpaksa bergantung kepada kaum lain untuk mendapatkan kemenangan.

"Kita sendiri lakukan perpecahan. Apabila ini berlaku kita menjadi kumpulan kecil dan berlawan sesama sendiri.

"Maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kemenangan. Kalau bergantung kepada orang lain, sedikit sebanyak kita terhutang budi kepada mereka," katanya ketika menyampaikan amanat pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di sini hari ini.

Kongres Maruah Melayu dianjurkan empat universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara bagi membincang serta mencari penyelesaian masalah orang Melayu.

Antara yang hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Artikel Berkaitan: