Sila log masuk terlebih dahulu.

Jangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau - Tun M

28 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 APRIL 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perikatan Nasional supaya tidak menakutkan orang Melayu dengan ‘gelombang hijau’.

Jelasnya, Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun dan sepanjang tempoh itu, pembangunan yang pesat telah berlaku.

Tambah Tun Mahathir, kaum bukan Melayu juga mencapai banyak kemajuan, maka tidak perlu cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka dengan warna hijau.

Pas melalui Perikatan Nasional sebelum ini dilihat berusaha untuk mengekalkan momentum penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Gelombang hijau yang berlaku pada PRU15 lalu menyaksikan Perikatan Nasional menang kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah.

Artikel: https://bit.ly/40NFsxc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian