X

Kindly register in order to view this article
!

5 perkara ini berlaku kepada Hong Kong dalam tempoh 24 jam

Penduduk mengambil bahagian dalam perarakan bantahan menentang larangan kerajaan terhadap pemakaian topeng muka oleh penunjuk perasaan di Hong Kong, hari ini. - Foto News ABS-CBN
A
A

HONG KONG - Bantahan antikerajaan berhubung cadangan ekstradisi undang-undang menggegarkan Hong Kong sejak Jun lalu walaupun rang undang-undang itu sudah dibatalkan.

Bantahan berterusan itu kerana ia dilihat membenarkan ekstradisi berbalik kepada undang-undang berikutan Hong Kong mempunyai kelemahan dalam urusan ekstradisi termasuk tanah besar China.

Rusuhan tersebut yang berlarutan selama tiga bulan itu tiba pada kemuncaknya dan lima perkara berlaku di Hong Kong dalam tempoh 24 jam:

1. Pemimpin wilayah Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan perintah darurat buat kali pertama dalam tempoh lebih 50 tahun, bertujuan membendung keganasan memuncak di bandar ditadbir China itu dan tindakan itu kemungkinan mencetuskan pertembungan sengit apabila penunjuk perasaan sudah menggesa demonstrasi besar-besaran bagi menentang undang-undang berkenaan.

Protes tersebut mencapai ribuan orang yang membantah cadangan ekstradisi undang-undang yang telah dicadangkan oleh kerajaan China.
Protes tersebut mencapai ribuan orang yang membantah cadangan ekstradisi undang-undang yang telah dicadangkan oleh kerajaan China.

2. Hong Kong mengeluarkan larangan memakai topeng kepada rakyatnya yang menghadiri protes yang telah dikuatkuasakan hari, mengikut Ordinan Peraturan Darurat yang diluluskan semalam namun ia terus mencetuskan pertempuran dan perhimpunan serta bantahan di seluruh Hong Kong. Carrie Lam bimbang dengan larangan tersebut disebabkan golongan muda mengatakan mereka bersedia untuk mati demi perjuangan ini. Mereka masih di luar sana memakai topeng muka dan polis akan mendakwa mereka.

Pemakaian topeng kini dilarang yang telah dikuatkuasakan hari, mengikut Ordinan Peraturan Darurat yang diluluskan semalam.
Pemakaian topeng kini dilarang yang telah dikuatkuasakan hari, mengikut Ordinan Peraturan Darurat yang diluluskan semalam.

3. Semua perkhidmatan kereta api termasuk ke lapangan terbang di Hong Kong digantung berikutan stesen kereta api bawah tanah ‘subway’ terjejas teruk akibat vandalisme susulan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan prodemokrasi. Selepas keganasan menular di beberapa daerah, kakitangan penyelenggaraan perlu memastikan keselamatan mereka lebih dulu sebelum ke stesen yang terjejas bagi memeriksa dan menilai kerosakan di stesen kami dan melakukan kerja-kerja pembaikan.

Perkhidmatan kereta api termasuk ke lapangan terbang di Hong Kong, digantung berikutan stesen kereta api bawah tanah ‘subway’ terjejas teruk.
Perkhidmatan kereta api termasuk ke lapangan terbang di Hong Kong, digantung berikutan stesen kereta api bawah tanah ‘subway’ terjejas teruk.

4. Polis menembak seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami cedera parah selepas Hong Kong mengisytiharkan perintah darurat yang pertama dalam tempoh 52 tahun. Polis sebelum ini pernah melepaskan tembakan pada remaja berusia 18 tahun pada Khamis lalu menyebabkan ratusan remaja mengadakan protes duduk di luar kawasan sekolah namun polis mengeluarkan kenyataan tindakan itu dilakukan bagi melindungi diri mereka dari ancaman perusuh. Penembakan itu dirakam dalam video yang telah menjadi tular dan memburukkan lagi keadaan.

4. Polis menembak seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami cedera parah selepas Hong Kong mengisytiharkan perintah darurat.
4. Polis menembak seorang lagi remaja berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami cedera parah selepas Hong Kong mengisytiharkan perintah darurat.

5. Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam enggan memberi respons spesifik kepada kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan supaya dia meletakkan jawatan susulan siri demonstrasi di wilayah pentadbiran khas itu kerana pemimpin luar bebas menyatakan pandangan. Lam juga percaya dan mengetahui nuraninya setuju bahawa rakyat Hong Kong di pihak yang betul dalam menolak undang-undang ekstradisi. Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian berikutan demonstrasi antikerajaan yang berlarutan sehingga sekarang dan meramalkan kononnya China akan mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan.

Carrie Lam enggan memberi respon kepada kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan supaya dia meletakkan jawatan susulan siri demonstrasi.
Carrie Lam enggan memberi respon kepada kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan supaya dia meletakkan jawatan susulan siri demonstrasi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus