23 bayi tahun baru lahir di HKL

Norizan bersama suami dan puteri ketiganya.
Norizan bersama suami dan puteri ketiganya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kereta yang sepatutnya dipandu ke tempat kerja terpaksa diubah haluan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kandungan yang dijangka lahir pada 13 Januari menunjukkan tanda mahu bersalin.

Seorang pekerja swasta, Norizan Awang Ngah,31, berkata, dia terpaksa memandu ke hospital bersendirian selepas suaminya perlu menguruskan anak sulungnya yang memasuki Tahun 1, semalam.

Menurutnya, dia menunggu seharian di HKL bagi menyambut kelahiran puteri ketiganya kira-kira jam 4 pagi tadi.

"Lepas turun tanda, saya terus ke hospital dan kebetulan barang dan kelengkapan bayi memang sudah siap sedia.

"Alhamdulillah harapan saya dan keluarga semoga anak yang baru lahir ini memberi rezeki melimpah ruah kepada kami," katanya.

Sementara itu, seorang kerani, Nur Farhani Ahmad Muzeni,24, bersyukur anak sulungnya lahir tanggal 1 Januari 2019 walaupun lebih awal daripada jadual ditetapkan iaitu pada 7 Januari depan.

Bayi Farhani adalah bayi terawal lahir pada malam tahun baru di HKL jam 12.09 tengah malam.
Bayi Farhani adalah bayi terawal lahir pada malam tahun baru di HKL jam 12.09 tengah malam.

"Saya terpaksa bekerja separuh hari semalam selepas mula rasa sakit dan terus ke hospital ditemani ibu kerana suami tiada di rumah kerana menguruskan kereta yang rosak.

Artikel Berkaitan:

"Walapun terkejut, tapi kami tetap teruja dan gembira kerana semua urusan dipermudahkan," katanya dari Gombak.

Pakar Perubatan HKL, Mohamad Faisol Mihat berkata, seramai 23 bayi dilahirkan sejak malam sehingga jam 3 petang tadi dengan 13 bayi lelaki dan 10 bayi perempuan.

"Bayi lelaki seberat 2.6 kilogram adalah bayi pertama lahir pada jam 12.09 tengah malam.

“Seramai 22 bayi adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia,” katanya.

Wad bersalin meriah meraikan bayi tahun baru.
Wad bersalin meriah meraikan bayi tahun baru.

Beliau menambah, 18 daripadanya dilahirkan secara normal dan bakinya secara pembedahan.

“Semua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat," katanya.

Jumlah kelahiran dijangka akan terus meningkat sehingga 12 malam ini.