Operasi konflik di Syria tamat

Vladimir Putin - Foto AFP
Vladimir Putin - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan besar-besaran oleh tentera Rusia di Syria telah berakhir.

Penyelesaian politik juga sangat diperlukan bagi menyelesaikan konflik di negara itu.

Menurut Putin, Syria yang terjerumus ke dalam Perang Saudara berikutan penindasan Presiden Syria, Bashar Al-Assad pada protes 2011 kini hampir bebas daripada pihak berkuasa pembangkang.

"Operasi tempur besar-besaran telah tamat namun adalah mustahil untuk mencapai penyelesaian akhir melalui aktiviti ketenteraan. Jadi hari ini adalah masa yang tepat untuk penyelesaian politik dan ini yang akan terus kita lakukan," katanya.

Katanya lagi, Rusia telah melakukan usaha penting untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Perlembagaan di Syria di mana rejim dan kumpulan pembangkang adalah sebahagian daripadanya.

Sejak beberapa tahun lalu, pasukan rejim yang mendapat sokongan ketenteraan Rusia telah berjaya mendapatkan kembali banyak wilayah daripada pembangkang dan mengukuhkan semula kawalannya ke seluruh negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: