PM disaran elak hadir ke Kongres Maruah Melayu: Shatiri

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A
PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disaran tidak hadir ke Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor berkata, Dr Mahathir tidak perlu terlibat dengan kongres berkenaan bagi menggelakkan rakyat berada dalam keadaan dilema.

Beliau berkata, penganjuran kongres tersebut dilihat hanya akan mencetuskan isu perkauman di negara ini.

"Nasihat saya, elok beliau jangan pergi. Pendapat saya begitu kerana kalau tidak ia hanya akan membakar lagi isu perkauman di negara ini," katanya kepada Sinar Harian selepas forum terbuka bertajuk 'Malaysia Baru Rasisme Lama' yang berlangsung di Gerak Budaya semalam.

Mengulas lanjut Shatiri berkata, hak kaum Melayu di negara ini sudah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, penganjuran kongres berkenaan juga lebih terarah kepada mainan politik semata-mata.

"Jadi saya harap Dr Mahathir dapat melihat semua ini dengan jelas," katanya.

Kongres Maruah Melayu dijangka menghimpunkan ribuan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam usaha mencari penyelesaian bagi memperbaiki kedudukan dan maruah Melayu.

Kongres yang dijadualkan bermula jam 8 pagi itu adalah anjuran bersama Universiti Malaya; Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.
Artikel Berkaitan:


Universiti Malaya akan mengendalikan persoalan politik, Universiti Teknologi Mara (ekonomi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (pendidikan) dan Universiti Putra Malaysia pula akan menumpukan isu kebudayaan serta agama.

Untuk rekod Stadium Malawati Shah Alam boleh menampung sehingga 15,000 orang.