Amirudin masih pertimbang hadir Kongres Maruah Melayu

Warga pendidik tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Amirudin ketika Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor bersama Majlis Guru Besar Selangor hari ini.
Warga pendidik tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Amirudin ketika Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor bersama Majlis Guru Besar Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya akan pertimbangkan," itu reaksi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berhubung kehadirannya ke Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati pada 6 Oktober ini.

Amirudin berkata, beliau ada menerima jemputan untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Ahad ini.

"Saya sedang pertimbangkan, takut jadual saya agak padat. Saya akan tengok balik Insya-ALLAH.

"Kalau ada kesempatan saya akan hadir. Saya nak lihat juga topik perbincangan, yang pastinya prinsip kita jelas bahawa membela semua orang itu tugas saya namun asas seperti rasisme dan sebagainya itu harus ditolak supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Menteri Besar Selangor Bersama Majlis Guru Besar Selangor di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.

Kongres Maruah Melayu dianjurkan bersama Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Artikel Berkaitan: