Yakin Hishammuddin setia bersama Umno

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yakin Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terus setia bersama Umno.

Menurutnya, meskipun terdapat khabar angin mendakwa Hishammuddin merupakan ‘tangan ajaib’ kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad namun Armand Azha tetap meyakini kesetiaan bekas Naib Presiden Umno itu.

“Isu mengenai Hishammuddin merupakan tangan ajaib bagi Tun Mahathir dalam Umno memang menjadi perbualan hangat dalam kalangan ahli.

“Pendapat saya secara positif berkaitan hubungan antara Hishammuddin dan Tun Mahathir ini boleh dilihat sebagai hubungan secara profesional di antara pemimpin Umno dan mantan Presiden Umno.

“Saya yakin Hishammuddin yang berpengalaman dalam parti mempunyai kesetiaan pada parti Umno ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau turut bertanyakan hal itu kepada bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau memaklumkan Hishammuddin akan kekal bersama parti di sebalik pelbagai khabar angin tersebar kebelakangan ini.

“Mengenai adakah wajar beliau kekal bersama Umno, saya berpendapat sudah tentu Umno memerlukan semua sokongan dalam parti.

"Bagi saya adalah wajar beliau kekal bersama dalam menongkah arus perjuangan dalam landskap baru politik negara sebagai pembangkang.

Artikel Berkaitan:

“Saya secara tegas juga mohon ketetapan dan pendirian secara terbuka memberitahu beliau akan terus kekal setia dalam Umno agar khabar angin bertiup yang menjadi persoalan pada akar umbi akan terjawab,” ujarnya.

Tegas beliau, sekarang adalah masa untuk perkukuhkan parti untuk terus bergerak ke hadapan.