Op Ambang Tahun Baru: Tumpu 'mat rempit'

Mohd Nor menunjukan motosikal yang disita dalam Op Ambang Tahun Baru 2019 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
Mohd Nor menunjukan motosikal yang disita dalam Op Ambang Tahun Baru 2019 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.
A
A
A
MERSING - Operasi selama enam jam sempena Op Ambang Tahun Baru 2019 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing berjaya menyita lapan buah motosikal selain 39 saman dikeluarkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, operasi pada malam 31 Disember bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 4 pagi.

Menurutnya, operasi dijalankan secara bersepadu melibatkan semua elemen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga pasukan penguatkuasa dari Pejabat Daerah Mersing.

Antara motosikal yang disita dalam operasi berkenaan.
Antara motosikal yang disita dalam operasi berkenaan.



"Jumlah keanggotaan yang terlibat adalah lapan pegawai kanan polis, 57 anggota polis, lima anggota sukarelawan dan empat anggota pejabat daerah bahagian penguatkuasaan.

"Operasi tertumpu kepada golongan muda bermotosikal atau mat rempit dan penguna jalanraya yang lain.

"Saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya mengubahsuai kenderaan, tiada lesen dan tiada cukai jalan serta insurans tidak diperbaharui," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, motosikal yang disita adalah di atas kesalahan tiada lesen serta tiada cukai jalan atau insurans dalam operasi berkenaan.

Pihak polis juga berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah di bawah seksyen kesalahan 12(2) Akta Dadah Berbahaya.

Artikel Berkaitan:


"Mereka positif ujian air kencing dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

"Polis juga berjaya merampas dadah jenis syabu anggaran berat 0.31 gram," katanya lagi.