Kajian bukan bermaksud kembalikan GST

Ong Kian Ming
Ong Kian Ming
A
A
A

IPOH - Kajian mengenai keperluan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan bermaksud kerajaan akan melaksanakan kembali sistem itu, sebaliknya ia bergantung kepada kemahuan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, semua pihak perlu memahami konteks yang dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST.

“Oleh kerana ada seorang pakar ekonomi yang mengatakan mungkin kerajaan perlu kaji, Tun Dr Mahathir kata adalah sekiranya rakyat mahu GST dikembalikan, kita boleh kaji.

“Namun sekiranya rakyat didapati tidak mahu sistem itu dikembalikan, saya rasa suara rakyat akan didengari dan pelaksanaannya (GST) tidak akan dikembalikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat M&S Food Industries Sdn Bhd diikuti SYW Industries Sdn Bhd di sini hari ini.

Ong berkata, kenyataan Perdana Menteri itu bukan untuk menyeru supaya GST diperkenalkan semula sebaliknya ia hanya pandangan beliau apabila ditanya mengenai cadangan berkenaan.

“Pandangan beliau (Perdana Menteri) adalah untuk kita menilai sama ada rakyat mahu polisi ini kembali,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: