'Ibu bapa perlu henti berharap wang bulanan daripada anak'

Padzilah (kanan) dalam program Wacana Sinar Harian Siri 130 bertajuk Tak Ada Duit Selepas Bersara anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Padzilah (kanan) dalam program Wacana Sinar Harian Siri 130 bertajuk Tak Ada Duit Selepas Bersara anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Persepsi golongan ibu bapa mengharapkan anak-anak memberikan wang bulanan kepada mereka selepas bersara sebenarnya perlu dikikis daripada pemikiran rakyat negara ini.

Pengasas Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman berkata, persepsi itu sebenarnya memberi tekanan kepada anak-anak untuk mengamalkan ilmu pengurusan kewangan baik.

Menurutnya, tindakan itu juga seolah-olah dianggap seperti tidak ikhlas membesarkan anak-anak kerana menjadikan anak-anak sebagai jaminan 'skim pencen swasta' apabila tiba umur persaraan mereka.

Katanya, anak-anak yang melihat tabiat itu diamalkan ibu bapa mereka juga akan mengulangi tabiat sama terhadap pewaris mereka sehingga akhirnya tiada kesedaran untuk memperolehi ilmu pengurusan kewangan yang betul.

"Seperti kami, setiap pekerja dibekalkan ilmu pengurusan kewangan yang betul bagi memastikan mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah sehingga hari tua.

"Kita tidak mahu mereka terikat persepsi anak-anak mereka akan menjadi sumber pencen selepas bersara kerana itu akan memberi tekanan kepada waris mereka untuk memenuhi keperluan kewangan bulanan mereka," katanya dalam program Wacana Sinar Harian Siri 130 bertajuk Tak Ada Duit Selepas Bersara anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Majlis menampilkan personaliti TV, Saiful Nizam Ismail sebagai moderator itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Nowasia, Abang Abu dan Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaruddin sebagai ahli panel.

Padzilah Enda berkata, sikap majoriti pekerja enggan mengamalkan budaya menyimpan wang gaji juga menjadi punca ramai kalangan mereka berstatus papa selepas bersara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya mengambil contoh segelintir pekerja syarikatnya yang sering merungut gaji tidak cukup dan kenaikan gaji tidak banyak sedangkan mereka mengalami masalah tidak pandai mengurus kewangan.