UEC: Kerajaan tunggu laporan jawatankuasa kerja

Nie Ching menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian bangunan baharu tiga tingkat SJKC Simpang Empat di sini semalam.
Nie Ching menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian bangunan baharu tiga tingkat SJKC Simpang Empat di sini semalam.
A
A
A

KANGAR - Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada jawatankuasa kerja UEC.

"Laporan berkenaan akan dihantar pada bulan ini dan penilaian bakal dibuat untuk mendapatkan keputusan terbaik," katanya selepas merasmikan bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Empat di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkaitan hasrat Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya itu yang terbaik untuk rakyat, Nie Ching berkata, soal GST tidak perlu ditimbulkan lagi kerana ia belum dibincangkan pada peringkat Kabinet.

Sementara itu, beliau turut mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyiasat dakwaan kebocoran kali kedua kertas soalan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang melibatkan subjek Matematik.

Artikel Berkaitan: