Ancaman gajah, takutkan penduduk

Kawasan tanaman penduduk musnah diserang gajah liar.
Kawasan tanaman penduduk musnah diserang gajah liar.
A
A
A

GUA MUSANG - Selepas dua kali merosakkan tanaman pada minggu lalu, tiga ekor gajah liar kembali menyerang lagi semalam, di kawasan perkuburan Pondok Sungai Bayu, di sini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) pondok, Ramli Hussin, berkata, ancaman dua ekor gajah betina bersama seekor anak amat membimbangkan penduduk kampung serta pelajar pondok.

Katanya, sesi persekolahan telah bermula dan dalam masa dua minggu, tiga kali gajah memusnahkan tanaman penduduk.

"Pondok ini memiliki lebih 100 pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah penduduk kampung juga ketakutan kerana serangan berkenaan turut merosakkan tanaman penduduk.

"Pada ancaman pertama, ia memusnahkan tanaman pisang, tebu dan ubi kayu penduduk. Bukan sahaja merosakkan tanaman, malah boleh mengundang ancaman keselamatan.

"Saya mohon Jabatan Perhilitan bertindak kerana ini merupakan kejadian berlarutan dimana sebelum ini tidak pernah terjadi," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: