X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut digilis lori

Seorang lelaki maut digilis lori selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok bawah kenderaan itu di simpang tiga Jalan Kampung Paya, Kamunting.
A
A

TAIPING - Seorang lelaki maut digilis lori selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok bawah kenderaan itu di simpang tiga Jalan Kampung Paya, Kamunting di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Chua Chong Haw, 20, yang menunggang Yamaha LC maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun dalam perjalanan dari arah Jalan Perusahaan 7 menuju ke Kamunting.

"Sampai di lokasi kejadian, ketika lori berkenaan keluar dari simpang tersebut tiba-tiba mangsa yang datang dari arah kanan telah menekan brek lalu motosikalnya terperosok ke bawah lori berkenaan.

"Keadaan itu menyebabkan lori terbabit tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa. Mangsa yang parah di badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

"Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada lori terbabit yang keluar dari simpang tersebut.

"Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!