Polis terima laporan berunsur hasutan hina Sultan Selangor

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penulisan berunsur menghasut yang dipercayai dikeluarkan pemilik akaun Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, laporan polis itu dibuat oleh pengiring Sultan Selangor di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam semalam.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutup Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSKK), Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2017/2019 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

ARTIKEL BERKAITAN: Kor Ming minta Najib taubat, henti sebar berita palsu

Sebelum ini, satu status pemilik akaun Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page yang menulis kenyataan berunsur hasutan mengajak kaum Cina melakukan bantahan terhadap Sultan Selangor tular pada Ahad lepas.

Kenyataan itu mengajak orang ramai supaya membenci Sultan Selangor susulan arahan baginda supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai dua bahasa di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan bahasa Melayu.

Artikel Berkaitan: