X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Netizen India lancar kempen #BoycottMalaysia

#BoycottMalaysia trending di Twitter.
A
A

SHAH ALAM - Perkataan #BoycottMalaysia kini menjadi popular di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet dari negara India telah melancarkan kempen #BoycottMalaysia dan ia mendapat reaksi dari rakyat Malaysia yang terus mempertahankan negara ini.

Timbulnya perkara ini sejurus kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyentuh isu Jammu dan Kashmir di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74 di

Beliau berkata, walaupun ada resolusi PBB, namun wilayah itu telah ditawan dan diduduki.

"Mungkin ada sebab untuk tindakan ini tetapi ia tetap salah," katanya sambil menegaskan bahawa masalah itu harus diselesaikan secara aman.

Mahathir juga menyeru India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan isu tersebut dengan memberi peringatan bahawa ketidakpatuhan resolusi PBB akan menyebabkan pengabaian bentuk lain kepada badan dunia itu.

Sebelum itu beliau menyentuh krisis Rohingya di Rakhine dan Palestin di Gaza yang sudah kian lama berlanjutan sebelum mengatakan wilayah Jammu dan Kashmir juga telah ‘diceroboh dan diduduki’.

Kenyataan Perdana Menteri itu telah menimbulkan kemarahan rakyat India kerana mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tidak hak untuk campur tangan urusan kedaulatan negara mereka.

Ketika ini isu Kashmir dilihat sebagai titik tolak kepada ketegangan hubungan antara India dan Pakistan. Ia melibatkan sempadan dan kedaulatan negara.

Sementara itu netizen dari Malaysia terus menyokong dan mempertahankan Perdana Menteri.

Junaid Habib berkata, dia terus menyokong Perdana Menteri dan menzahirkan terima kasih di atas keberanian menyuarakan pendapat berhubung isu Jammu dan Kashmir.

Selain itu Hafiezlhsnn turut mempersoalkan kewajaran rakyat India melancarkan #BoycottMalaysia.

“Hanya kerana Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian kepada negara India dan timbul #BoycottMalaysia hanya kerana isu itu? Ini soal kemanusiaan... “


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!