Doa TMJ buat rakyat Johor

Status TMJ di laman Facebooknya hari ini.
Status TMJ di laman Facebooknya hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sempena Tahun Baharu 2019, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendoakan rakyat negeri ini, meraih kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Beliau turut mendoakan rakyat Johor agar kekal bersemangat dan mempunyai iltizam tinggi dalam mengecapi azam masing-masing.

"Kejayaan anda adalah kegembiraan saya," katanya yang dipetik dari laman Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor di sini hari ini.

Tunku Ismail juga berharap rakyat Johor yang berbilang kaum dan agama dapat bersatu serta saling menghormati antara satu sama lain.

"Marilah kita buktikan rakyat Johor boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Beliau turut berkata, tahun baharu membawa erti satu lagi tahun yang penting untuk anak-anak bagi para ibu bapa di negeri ini.

"Bagi yang mempunyai anak bakal menduduki peperiksaan penting, mulakan pembelajaran dari awal tahun lagi dan janganlah menekan mereka sehingga keterlaluan," katanya.

Dalam status sama, Tunku Mahkota Johor turut mengajak penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memberi sokongan kepada pasukan agar dapat meraih lebih kejayaan pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

"Semangat dan sokongan penyokong adalah amat penting dan merupakan nadi pasukan JDT," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mempelawa rakyat Johor berkongsi azam tahun baharu di ruang komen status tersebut supaya dapat memberi ilham dan inspirasi kepada sahabat-sahabat lain.

"Semoga kita semua terus dilindungi ALLAH SWT, dikurniakan rahmat, limpahan rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang 2019 ini. InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2019!," tulisnya.