Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2018 esok

Azmi
Azmi
A
A
A
JOHOR BAHRU - Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2018 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam Kerajaan Johor akan dibuat pada esok.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan itu boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018.

Menurutnya, seramai 16,511 penjawat awam negeri termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun Negeri akan menerima bantuan khas kewangan itu.

"Bantuan Khas Kewangan Tahun 2018 sebagai penghargaan di atas sumbangan dan dedikasi yang telah diberikan oleh penjawat awam Kerajaan Negeri Johor," katanya di sini hari ini.

Kerajaan Johor bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2018 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam kerajaan negeri.
Artikel Berkaitan:


Ia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada pembentangan Belanjawan Johor 2019 di Persidangan Dewan Negeri yang lepas.