LTAT telah jalankan tanggungjawab, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjalankan tanggungjawabnya seiring menjana pulangan yang mampan untuk ahli-ahlinya.

“Pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan kepimpinan yang tidak telus sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas pengumuman dividen oleh LTAT yang menerima kritikan ramai selepas badan berkanun itu mengisytiharkan dividen sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan 2018.

Beliau berkata, untuk LTAT mengisytiharkan dividen lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik hasil pelaburannya.

Katanya, pelaburan tidak munasabah oleh kepimpinan terdahulu menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini.

“Sebagai contoh, LTAT menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017. Jumlah keuntungan bersih LTAT pada 2017 diselaraskan kerana mengambil kira hasil jualan tanah yang belum dimuktamadkan.

“Pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta,” katanya.

Katanya, kerajaan tidak gusar mengisytiharkan pulangan rendah kerana seiring kemampuan LTAT.

Artikel Berkaitan:

Keadaan itu, katanya, penting bagi melindungi simpanan ahli supaya tidak tergadai seperti semasa pentadbiran sebelum ini.