Perang dengan Iran bakal gugat ekonomi dunia: Putera Salman

Mohammed Salman - Foto AFP
Mohammed Salman - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata perang dengan Iran akan menggugat ekonomi global dan beliau lebih memilih solusi bukan tentera dalam menangani seteru serantaunya itu.

"Sekiranya dunia tidak mengambil tindakan tegas bagi menghalang Iran, kita bakal melihat sengketa yang akan mengancam kepentingan dunia.

"Bekalan minyak akan terganggu dan harga minyak akan melonjak naik seperti yang kita belum pernah saksikan sebelum ini," kata Putera Mohammed dalam temuramah program 60 Minutes terbitan CBS semalam.

Menurutnya, perang antara Arab Saudi dan Iran akan mendatangkan malapetaka terhadap ekonomi dunia.

"Rantau ini mewakili kira-kira 30 peratus bekalan tenaga dunia kira-kira 20 peratus laluan perdagangan global dan hampir empat peratus keluaran dalam negara kasar. Bayangkan kesemua perkara ini tiada," kata Putera Mahkota Arab Saudi itu.

Dalam pada itu Putera Mohammed turut ditanya sekiranya beliau mengarahkan pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi pada Oktober tahun lalu.

"Semestinya tidak. Ia adalah jenayah kejam. Namun sebagai pemimpin di Arab Saudi, saya bertanggungjawab penuh lebih-lebih lagi ia dilakukan individu yang bekerja untuk kerajaan Saudi.

"Apabila jenayah dilakukan terhadap warga Saudi oleh pegawai yang bekerja untuk kerajaan Saudi sebagai pemimpin saya harus bertanggungjawab," katanya.

Artikel Berkaitan:

Putera Mohammed berdepan tekanan antarabangsa selepas Khashoggi dibunuh dan mayatnya dikerat di konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki hingga kini mayatnya masih belum ditemukan. - AFP