19 maut kilang di China terbakar

Kebakaran kilang di timur China semalam dilaporkan meragut 19 nyawa. -FOTO: AFP
Kebakaran kilang di timur China semalam dilaporkan meragut 19 nyawa. -FOTO: AFP
A
A
A

BEIJING - Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut dalam kebakaran kilang di timur China semalam, kata pihak berkuasa.

Kerajaan tempatan memaklumkan kebakaran berlaku di sebuah kilang milik Syarikat Ruiqi Daily Necessities di daerah Ninghai, timur wilayah Zhejiang.

Menurut pihak berkuasa Ninghai, dalam kalangan lapan mangsa yang diselamatkan, tiga daripada mereka cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan insiden berkenaan masih dalam siasatan.

Kemalangan industri sering berlaku di China di mana peraturan keselamatan tidak dikuatkuasakan dengan baik. - AFP

Artikel Berkaitan: