Tok Gajah benam Melaka United

Nwakaeme meledak dengan dua gol pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto: Rosmaili Baharom | gawang.my
Nwakaeme meledak dengan dua gol pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto: Rosmaili Baharom | gawang.my
A
A
A

PAHANG mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas membenam Melaka United 3-1 untuk mara secara agregat 6-1 pada aksi timbal balik suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Sebelum itu pada suku akhir pertama skuad kendalian Dollah Salleh itu mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pencabarnya di gelanggang lawan.

Penyerang kelahiran Namibia, Lazarus Kaimbi menjaringkan gol pembukaan perlawanan untuk Tok Gajah pada m-41 sekali gus membolehkan tuan rumah mendahului babak pertama.

Bersambung babak kedua, giliran skuad Hang Tuah menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerangnya, Mohd Nazrin Mohd Nawi menerusi sepakan percuma pada m-54.

Antara aksi cemas di hadapan gawang gol MU. - Foto: Rosmaili Baharom | gawang.my
Antara aksi cemas di hadapan gawang gol MU. - Foto: Rosmaili Baharom | gawang.my

Namun 10 minit kemudian, Tok Gajah kembali mendahului selepas penyerang kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme melakukan tendangan ke dalam gawang menewaskan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Nwakaeme sekali lagi mencetak gol buat tuan rumah hasil jaringannya pada minit ke-76 untuk menambahkan derita lawan.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, M Subramaniam.

Artikel Berkaitan:

Pahang akan berdepan Kedah untuk saingan separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan.