Stesen kereta api laju Arab Saudi terbakar

Asap tebal jelas kelihatan selepas kebakaran meletus di stesen kereta api laju Haramain di Jeddah hari ini.
Asap tebal jelas kelihatan selepas kebakaran meletus di stesen kereta api laju Haramain di Jeddah hari ini.
A
A
A

RIYADH - Satu kebakaran meletus di stesen kereta api laju Haramain di Jeddah, kata Perkhidmatan Pertahanan Awam Arab Saudi hari ini.

Lapor media tempatan, kebakaran berlaku pada jam 12.35 tengah hari (waktu tempatan) namun tiada laporan berhubung kecederaan dalam insiden itu.

Projek kereta api laju bernilai AS$ 7.3 bilion (RM30.5 bilion) sejauh 450km yang menghubungkan Makkah dan Madinah serta Jeddah dibuka pada September tahun lalu.

Pembinaan projek kereta api itu juga bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah berikutan jangkaan Kerajaan Arab Saudi bahawa jumlah jemaah haji dijangka mencecah enam juta orang dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Kelajuan kereta api berkenaan boleh mencecah 300km sejam.

Projek kereta api Haramain dilaporkan mempunyai jangka hayat selama 120 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: