PTPTN terima simpanan baharu RM1.7 juta

Maszlee (tengah) pada majlis perasmian Program Jelajah SSPN 2019 peringkat negeri di SK Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang di sini hari ini.
Maszlee (tengah) pada majlis perasmian Program Jelajah SSPN 2019 peringkat negeri di SK Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang di sini hari ini.
A
A
A

KLUANG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) berjaya mengutip simpanan baharu sebanyak RM1.7 juta dengan 2,000 akaun sepanjang Program Jelajah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) pada tahun ini.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, bagi pembukaan akuan SSPN keseluruhan sehingga 31 Julai pula sebanyak 4.2 juta akaun telah dibuka dengan deposit berjumlah RM5 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan sebanyak 460,960 akaun SSPN telah dibuka di negeri Johor dengan deposit berjumlah kira-kira RM377.86 juta.

"Di Johor, jumlah ini masih kecil jadi saya gesa ibu bapa yang belum mempunyai perancangan kewangan pendidikan memulakan langkah penabungan pada hari ini, "katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jelajah SSPN 2019 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Maszlee yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, PTPTN telah memberikan sumbangan simpanan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 1,040 anak-anak asnaf melibatkan 26 kawasan Parlimen seluruh negeri.

Katanya, peruntukan zakat itu melalui wakalah zakat PTPTN berjumlah RM104,000.

Artikel Berkaitan:

"Setiap pelajar akan menerima RM100 dalam bentuk akaun SSPN-i yang akan dibuka oleh PTPTN melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor," katanya.