Polis belum terima dokumen rasmi keputusan koroner

 Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima dokumen rasmi keputusan Hakim Koroner berhubung kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh komen lanjut cuma hal siasatan... kita belum hentikan sejak failnya dibuka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pada Jumaat lalu, Hakim Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki

Artikel Berkaitan: