Agong, Permaisuri naik pesawat angkut TUDM ke Kelantan

KUALA LUMPUR - Mengutamakan urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.
Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pukul 8.11 pagi semalam.
Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan
Perkongsian di laman sosial itu turut memperlihatkan Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama kru penerbangan dan sebuah klip video yang merakam detik keberangkatan Seri Paduka dan rombongan.
Ia mendapat perhatian netizen dengan 7,341 ‘like’ setakat 2 petang ini serta komen positif yang memuji tindakan Seri Paduka berdua yang sanggup menaiki pesawat angkut, sekali gus menyerlahkan keperibadian tinggi pasangan diraja itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Karnival Saya & MAGGI raikan cita rasa, momen rakyat Malaysia
24 September 2026 09:47pmSasar Malaysia sebagai hab protein halal Asia Pasifik
24 September 2026 06:45pmMIHAS 2026 catat lonjakan bermakna
24 September 2026 06:40pmAbang PMX meninggal dunia
24 September 2026 06:36pmSuri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun
24 September 2026 09:29amKetua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan
24 September 2026 07:39amSuri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan
24 September 2026 10:50amIbu maut, empat anak cedera nahas dua kenderaan
24 September 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
