Remaja maut tercampak, kereta terbakar

Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta MPV Proton Exora yang terbabit dalam kemalangan, pagi tadi.
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta MPV Proton Exora yang terbabit dalam kemalangan, pagi tadi.
A
A
A
TAPAH - Seorang remaja maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya di KM337.3 Lebuh Raya Utara -Selatan arah Selatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, Ng Yik Soon, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kenderaan mangsa yang berasal dari Taman Daya, Bidor turut musnah terbakar dalam kejadian itu.

No Image Caption



”Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang kiri hingga melepasi longkang sebelum terbakar.

Artikel Berkaitan:


“Pemandu tercampak ke lorong kiri lebuh raya dan mengalami kecederaan parah. Mangsa dibawa ke Hospital Tapah dengan ambulans namun, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan,” katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.