LTSAS, Pulau Pangkor diharap jadi fokus Belanjawan 2020

Ahmad Faizal (dua dari kiri) merasmikan Agrofest 2019 di RTC Gopeng hari ini.
Ahmad Faizal (dua dari kiri) merasmikan Agrofest 2019 di RTC Gopeng hari ini.
A
A
A

GOPENG - Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh dan penambahan prasarana di Pulau Pangkor diharap menjadi sebahagian berita baik yang akan dibentangkan pada Belanjawan 2020.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kedua-dua projek itu adalah fokus utama yang perlu diberi perhatian agar dapat memacu pembangunan negeri.

“Paling utama adalah kerajaan pusat dapat beri bantuan memperbesarkan lapangan terbang selain memerlukan banyak pembangunan prasarana di Pulau Pangkor sesuai sebagai pulau bebas cukai.

“Besar harapan seluruh rakyat negeri agar kerajaan pusat dapat membantu kita untuk beberapa besar (projek) tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Agrofest Perak 2019 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini hari ini.

Ditanya mengenai persediaan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai yang akan bermula pada Januari depan, Ahmad Faizal mengakui pihaknya tidak sempat untuk menyiapkan beberapa perkara yang dirancang.

“Kita akan gunakan apa yang ada untuk diubahsuai agar sesuai dengan statusnya sebagai pulau bebas cukai. Kemudahan yang sedia ada dilihat mencukupi,” katanya.

Bagi Bajet Perak pula, Ahmad Faizal akan memberi keutamaan kepada golongan asnaf.

“Kami sedang merangka selain mengekalkan apa yang sedang dilaksanakan atau diperhebatkan, Kita fokus kepada golongan asnaf tahun depan.

Artikel Berkaitan:

“Kita jangkakan untuk tahun depan, berkat kerja kuat semua rakyat, hasil untuk negeri boleh ditambahkan. Hasil ini dapat diberikan semula kepada rakyat dengan mengeluarkan asnaf dari kelompok kemiskinan,” katanya.