Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia: Bapa Adib

Mohd Kassim sebak apabila bercerita dan mengenang tentang anaknya, Allahyarham Muhammad Adib. (Gambar arkib SInar Harian)
Mohd Kassim sebak apabila bercerita dan mengenang tentang anaknya, Allahyarham Muhammad Adib. (Gambar arkib SInar Harian)
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban ketika rusuhan di Kuil Seri Maha Mariaman USJ 25 pada 27 November tahun lalu menyerahkan kepada pihak peguam bagi tindakan seterusnya.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu dan peguam akan memaklumkan apa tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali

"Langkah seterusnya saya tidak tahu lagi kena tanya peguam kami dahulu.

"Bagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan dan menyokong kami baik dari depan serta belakang. Terima kasih," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya bahawa kematian Allahyarham Muhammad Adib akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib ditarik keluar, dihentak pada hujung daun pintu EMRS

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan blunt chest trauma dialami Allahyarham Muhammad Adib disebabkan Allahyarham ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya adakah beliau mempunyai perancangan untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam masa terdekat, Mohd Kassim berkata, beliau akan mengikut nasihat peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Air mata peguam, tunang mengalir