Pelajar 13 tahun maut dilanggar lori

Mangsa berusia 13 tahun maut di lokasi kejadian selepas dilanggar lori dalam kejadian di Jalan Serai 9, Hulu Langat tengah hari tadi.
Mangsa berusia 13 tahun maut di lokasi kejadian selepas dilanggar lori dalam kejadian di Jalan Serai 9, Hulu Langat tengah hari tadi.
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas terjatuh daripada motosikal sebelum dilanggar lori dalam kejadian di Jalan Serai 9 di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa membonceng motosikal yang ditunggang rakannya dalam perjalanan dari Batu 14 menuju ke Batu 9, Hulu Langat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, rakannya cuba memotong sebuah lori di hadapan kenderaan mereka tetapi sebuah lori tiba-tiba datang dari arah bertentangan. Rakan mangsa cuba mengelak mengakibatkan mangsa terjatuh.

"Mangsa dilanggar lori dari arah belakang dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau meminta saksi yang melihat kemalangan tersebut dan mempunyai maklumat mengenai motosikal terlibat itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ammar di talian 018-2194013 Seksyen 41(1).

Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: