Video tular buli remaja lelaki bukan di Malaysia: Polis

A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video yang memaparkan kekerasan terhadap sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bilik yang tular di laman sosial hari ini tidak berlaku di negara ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, kejadian yang dirakam dalam video berdurasi 30 saat itu berlaku di Indonesia yang dirakam pada sekitar tahun 2018.

Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular yang dikatakan mula dimuat naik menerusi sebuah laman Facebook pada 24 September lepas.

Video berkenaan memaparkan seorang remaja lelaki telah memukul, menendang, dan menampar sekumpulan remaja lelaki lain di dalam sebuah bilik. - Bernama