Operasi SAR kru kapal warga Indonesia diteruskan

Operasi SAR diteruskan hari ini untuk mencari mangsa yang dikhuatiri hilang sejak semalam.
Operasi SAR diteruskan hari ini untuk mencari mangsa yang dikhuatiri hilang sejak semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru kapal warga Indonesia yang terjatuh dari sebuah kapal semalam disambung semula hari ini bermula pada jam 7.30 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, operasi yang masuk hari kedua itu akan meliputi keluasan 19 batu nautika persegi perairan Macallum dan sekitar kawasan kejadian.

Menurutnya, empat agensi termasuk APMM terlibat dalam operasi tersebut iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

"SAR dihentikan pada jam 7.30 malam semalam kerana faktor cuaca dan disambung hari ini.

"Keadaan cuaca hari ini baik dengan kelajuan angin 10 hingga 20 kilometer sejam selain ketinggian ombak antara 0.5 hingga 1 meter. Kita akan maklumkan dari masa ke semasa sekiranya ada perkembangan baru," katanya ketika dihubungi tadi.

Semalam, seorang pekerja warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari sebuah kapal berhampiran Jeti Macallum kira-kira jam 11.21 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Agus berusia 24 tahun dikatakan terjatuh dari Kapal Tangki Mekar Jaya ketika kapal tersebut sedang bersauh di kedudukan 0.2 batu nautika dari perairan Macallum, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Indonesia dikhuatiri hilang jatuh kapal

Artikel Berkaitan: