Rokok seludup lebih RM4.92 juta dirampas

Rampasan rokok susulan tertangkapnya dua lelaki dalam operasi di Nilai Negeri Sembilan.
Rampasan rokok susulan tertangkapnya dua lelaki dalam operasi di Nilai Negeri Sembilan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menggagalkan sindiket penyeludupan rokok dengan rampasan dan sitaan melebihi RM4.92 juta dalam operasi berasingan di Negeri Sembilan dan Kedah semalam.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bertindak atas maklumat, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA Bukit Aman berjaya menahan dua lelaki berusia 30 dan 44 tahun di sekitar Nilai Negeri Sembilan.

Menurutnya, semakan mendapati salah seorang suspek adalah warga Myanmar.

"Pemeriksaan menjumpai sejumlah 24,000 karton rokok kretek diseludup menggunakan setem cukai palsu. Turut disita sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

"Kesemua nilai rampasan dianggarkan bernilai RM4,254,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah lori yang dirampas selepas didapati membawa rokok seludup di kawasan Lorong Hj Ismail Jalan Dato Kumbar Alor Setar Kedah.
Sebuah lori yang dirampas selepas didapati membawa rokok seludup di kawasan Lorong Hj Ismail Jalan Dato Kumbar Alor Setar Kedah.

Acryl Sani berkata, siasatan awal pihaknya percaya sindiket bergiat aktif di seluruh semenanjung Malaysia dan kedua-dua suspek direman lima hari sehingga Ahad ini untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Kuala Kedah (Zon Langkawi) telah menahan sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan di kawasan Lorong Hj Ismail, Jalan Dato Kumbar Alor Setar kira-kira jam 2.30 petang.

Tambahnya, sebanyak 628,000 batang rokok putih dan kretek seludup pelbagai jenama telah dirampas dengan nilai dianggarkan berjumlah RM584,440.

"Lori terbabit jenis Hino turut disita dan kesemua anggaran rampasan berjumlah RM669,440," katanya.

Rampasan rokok susulan tertangkapnya dua lelaki dalam operasi di Nilai Negeri Sembilan.
Rampasan rokok susulan tertangkapnya dua lelaki dalam operasi di Nilai Negeri Sembilan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.