Isteri Yazit akan dibantu terima pencen: YKAT

DJ Dave menyerahkan wang khairat kematian kepada waris Allahyarham Yazit.
DJ Dave menyerahkan wang khairat kematian kepada waris Allahyarham Yazit.
A
A
A

[VIDEO] SKIM pencen yang diterima bekas pemain dram Search, Allahyarham Yazit Ahmad sejak 15 bulan lalu berkemungkinan akan terus diberikan kepada balu Allahyarham.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, skim pencen di bawah yayasan tersebut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan.

Menurutnya, Allahyarham Yazit turut menyertai program Khairat Kematian YKAT yang akan menanggung kos pengurusan jenazah termasuk pengebumian.

"Arwah sudah 15 bulan terima pencen ini dan pada hari pertama arwah sakit dulu, kami sudah bantu. Dua tiga kali kami bantu.

"Lepas itu kami tahu dia ini tak berdaya sangat, dia memang lemah maka kami beri skim pencen setiap bulan RM500 kepada arwah.

"Hari ini semua kos urusan jenazah dibiayai oleh sebuah syarikat. Tapi kita tetap beri wang khairat kematian sebanyak RM1,500 kepada waris," katanya ketika ditemui selepas pengebumian jenazah Allahyarham Yazit di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih petang tadi.

10 tahun Allahyarham Yazit sengsara

10 tahun Allahyarham Yazit sengsara Shafiqa Nurlis berkongsi kisah perjuangan ayahnya, Allahyarham Yazit dalam melawan penyakit lebih 10 tahun, lapor lapor Wartawan Nasional Khairil Anwar Mohd Amin.

Posted by Sinar Harian on Thursday, September 26, 2019

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan pemberian skim pencen kepada balu Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

Yazit yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.53 pagi tadi.

Adik angkatnya, Ashaari Mohd Nasir berkata, pemergian Yazit ditemani ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan dicabut pada jam 11.46 pagi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 3.45 pagi, Selasa akibat sesak nafas ketika berada di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN Hasrat Yazit mahu tunai umrah tidak kesampaian