Yazit Search sudah tiada

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMASKINI] BEKAS pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Hospital Kuala Lumpur di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.

Adik angkat Allahyarham Yazit, Ashaari Mohd Nasir berkata, Yazit menghembuskan nafas di sisi ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi oleh doktor pakar merawatnya.

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama pada awal bulan lalu akibat masalah pernafasan.

Ashaari berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi untuk solat jenazah setelah selesai proses membawa pulang dari HKL.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar.

"Sejak semalam, ramai rakan artis termasuk ahli Kumpulan Search, Kid dan Din hadir untuk menziarahi Allahyarham.

"Pemergian Allahyarham sangat mengejutkan kerana beliau baru memaklumkan hendak membeli set drum elektronik semata-mata untuk menyertai kumpulan nasyid, As-salam Buskers Sabtu lalu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita tular Yazit Search meninggal dunia tidak benar